TERKINI!!! Audio telefon Najib dan Rosmah berkait 1MDB didengar oleh mahkamah

TERKINI!!! Audio telefon Najib dan Rosmah berkait 1MDB didengar oleh mahkamah

Rakaman perbualan antara Najib Razak dan isterinya, yang didakwa berkaitan 1MDB, dimainkan ketika prosiding kes rasuah projek solar hibrid terhadap Rosmah Mansor hari ini.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan Ketua DPP Gopal Sri Ram memainkan rakaman itu atas tujuan mengenal pasti saksi pendakwaan ke-21, Rosmah Mansor yang merupakan bekas pembantu Rosmah.

Pada 8 Januari, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendedahkan rakaman beberapa perbualan telefon yang dikatakan melibatkan Najib berkenaan skandal 1MDB.

Antaranya dakwaan perbualan dengan bekas ketua pesuruhjaya SPRM Dzulkifli Ahmad serta Rosmah.

Keratan rakaman yang dimainkan hari ini melibatkan dakwaan perbualan antara Najib dan Rosmah.

Ketika ia diperdengarkan, suara yang dikatakan milik Rosmah didengar berkata “Can I advise you on something?” (Boleh saya beri nasihat kepada anda?)

Kemudian suara yang dikatakan milik Najib didengar berkata “Hang on…anything?” (Tunggu sekejap…ada apa-apa?).

Selepas rakaman selesai dimainkan, Sri Ram bertanya Rizal siapakah suara dalam rakaman tersebut dan dia menjawab ia milik Najib dan Rosmah.

Sri Ram: Boleh anda kenal pasti suara lelaki?

Rizal: Najib.

Sri Ram: Boleh anda kenal pasti suara perempuan?

Rizal: Rosmah.

Sri Ram: Anda yakin suara lelaki adalah Najib dan suara perempuan adalah tertuduh?

Rizal: Ya.

Sri Ram: Anda ada dengar suara lain?

Rizal: Hanya dua.

Rosmah berdepan tiga pertuduhan penyelewengan

Rosmah berdepan satu pertuduhan meminta suapan RM187.5 juta dan dua pertuduhan menerima suapan RM6.5 juta daripada Saidi sebagai habuan atas bantuan mendapatkan kontrak bernilai RM1.25 bilion kepada Jepak menerusi rundingan terus.

Berita penuh: https://www.malaysiakini.com/news/541900

COMMENTS