Polis tegas kenakan kompaun pada penjaja makanan di simpang jalan

Polis tegas kenakan kompaun pada penjaja makanan di simpang jalan

Ketua Polis Serdang ACP Razali Abu Samah berkata seboleh mungkin PDRM akan memberi nasihat awal kepada pihak yang didapati melakukan kesalahan seperti penjaja sebelum tindakan undang-undang diambil.

Namun katanya jika kesalahan itu diulang semula selepas dinasihatkan, ia kelihatan seperti mencabar pihak berkuasa.

“Mengikut undang-undang penjual dan pembeli boleh dikompaun kerana mengganggu keselamatan pengguna jalan raya. Jika gagal membayar kompaun, mereka boleh didakwa di mahkamah dan didenda,” katanya.

Kata Razali menjual atau membeli sesuatu barang di persimpangan jalan atau di atas jalan merupakan kesalahan jalan raya yang boleh dikompaun.

Dia juga berkata polis menerima rungutan daripada orang ramai mengenai pembabitan warga asing menjaja buah-buahan di persimpangan jalan raya.

“Ini adalah merupakan fasa kesedaran untuk menasihatkan penjaja dan pembeli. Polis tidak akan mengambil apa-apa tindakan walaupun undang-undang menyatakan kesalahan itu telah berlaku.

“Namun, dengan rasa prihatin dalam keadaan PKP ini yang menyebabkan kita agak sukar mendapatkan pekerjaan, polis menasihati mereka supaya tidak mengulangi kegiatan berkenaan.

“Pergilah kepada PBT (pihak berkuasa tempatan) untuk dapatkan lesen perniagaan. Kalau mereka mengulanginya nampak gaya macam mencabar, polis dan pihak penguat kuasa tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan,” katanya.

Berita Penuh : https://www.malaysiakini.com/news/563451

COMMENTS