“Perkahwinan saya dengan Najib tidak akan bertahan jika saya jenis mengongkong”

“Perkahwinan saya dengan Najib tidak akan bertahan jika saya jenis mengongkong”

Rosmah Mansor menafikan dakwaan pihak pendakwaan bahawa dia memiliki ‘sifat suka mengongkong’ dan mengatakan perkahwinannya dengan bekas perdana menteri Najib Razak tidak akan bertahan selama 34 tahun jika memiliki sikap demikian.

Semasa perbicaraan rasuah berkaitan projek solar hibrid bernilai RM1.25 bilion hari ini, Rosmah berkata terpulang kepada Najib sama ada mahu menerima pandangannya atau tidak – sama seperti mana pasangan suami isteri yang lain.

Merujuk kepada pendapat pihak pendakwaan bahawa dia cuba mempengaruhi Najib yang ketika itu merupakan perdana menteri, Rosmah mendakwa dia tidak pernah mengarahkan suaminya untuk mengikut pandangannya, dan dia juga terbuka terhadap pandangan tersebut.

Rosmah juga merujuk kepada rakaman audio (P36) yang dikemukakan pihak pendakwaan sebelum ini, yang didakwa berkisar mengenai perbualannya dengan Najib.

“Sekiranya inilah yang dikatakan ‘sifat sombong’ dan ‘kemampuan saya mempengaruhi keputusan di sektor awam’, perkahwinan saya dengan suami tidak akan bertahan selama 34 tahun, jika benar bahawa saya adalah ‘orang yang sombong’ seperti yang diceritakan oleh pihak pendakwaan.

“Bagaimanapun, perbualan dalam P36 sama sekali tidak menyentuh projek solar hybrid,” katanya menafikan tuduhan itu sebagai tidak dapat disahkan, tidak benar dan tidak boleh dipertimbangkan oleh mahkamah.

Dalam pernyataan pembukaan pendakwaan pada hari pertama perbicaraan pada Februari tahun lalu, timbalan pendakwa raya Gopal Sri Ram berpendapat bahawa Rosmah, yang merupakan isteri Najib, tidak memiliki kedudukan rasmi, tetapi mempunyai pengaruh besar kerana sifatnya yang ‘bossy’ atau suka mengarah.

Rosmah, 70, menghadapi tiga tuduhan di bawah Seksyen 16 (a) (A) Akta SPRM 2009.

Dalam pertuduhan pertama, dia dituduh meminta suapan RM187.5 juta dari Jepak Holdings Sdn Bhd untuk membantu mendapatkan projek Kementerian Pendidikan.

Projek bernilai RM1.25 bilion itu bertujuan untuk membekalkan tenaga elektrik kepada 369 sekolah luar bandar di Sarawak menggunakan tenaga solar dan diesel.

Dalam pertuduhan kedua dan ketiga, dia dituduh menerima suapan RM1.5 juta dan RM5 juta sebagai ganjaran untuk mendapatkan projek tersebut.

sumber : https://www.malaysiakini.com/news/594293

COMMENTS