MB Kelantan sokong naikkan kadar kompaun saman langgar SOP

MB Kelantan sokong naikkan kadar kompaun saman langgar SOP

Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob menyambut baik cadangan pindaan Akta 342 Akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit 1988 bagi menaikkan kompaun pelanggaran standard prosedur operasi (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Katanya, kompaun dinaikkan bukan bererti menganiayai rakyat sebaliknya peringatan kepada umum supaya mematuhi SOP yang ditetapkan bagi melandaikan kes COVID-19.

“Pihak peguam negara akan melibat kewajaran yang patut dikenakan untuk membuat pindaan pada akta ini supaya kompaun dinaikkan lagi.

“Saya bersetuju bukan kata nak kompaun rakyat tetapi sebab ada dalam kalangan mereka yang tidak bertangungjawab,” jelasnya selepas meninjau sekatan jalan raya (SJR) di sini pagi tadi.

Mengulas lanjut, Ahmad berkata sebahagian rakyat Kelantan masih gagal mematuhi SOP sedangkan kes COVID-19 sudah merebak dalam masyarakat.

Untuk itu katanya, usaha berterusan melalui kempen dan peringatan supaya rakyat mematuhan SOP digerakkan melalui ketua masyarakat, imam masjid dan ketua komuniti setempat.

Katanya setiap individu perlu mengambil tanggungjawab dan bersama melandaikan kes COVID-19 dalam negara.

Berita Penuh : https://www.astroawani.com/berita-malaysia/covid19-mb-kelantan-sambut-baik-cadangan-naikkan-kompaun-langgar-sop-281052

COMMENTS