Kelantan akan bekal air sungai kepada rakyat

Kelantan akan bekal air sungai kepada rakyat

Kelantan dalam perancangan untuk menggunakan sumber air daripada sungai yang akan disalurkan ke loji untuk kegunaan rakyat.

Menteri Alam Sekitar dan Air (Kasa) Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, buat permulaan, dua loji akan dibina untuk program itu.

Beliau berkata, sebelum ini, bekalan air banyak diambil daripada sumber bawah tanah sehingga menyebabkan paras air laut meningkat.

“Saya rasa, langkah ini perlu dibuat untuk loji baharu dan loji yang sedia ada kita kekalkan dengan sumber yang ada, yang ke depan akan dapatkan (bekalan air) daripada sungai.

“Dalam perancangan kita sebenarnya sudah ada dua (loji) yang akan dibangunkan dalam masa terdekat,” katanya kepada media di sini, hari ini.

Beliau berkata, kementerian akan meneliti permohonan kerajaan negeri untuk meluluskan peruntukan RM1.7 bilion bagi mengatasi masalah bekalan air terawat di negeri itu.

Menurut beliau, terdapat tiga isu utama yang dialami Kelantan pada masa kini iaitu pengurangan air tidak berhasil (NRW) agak tinggi, sumber air dan perlu diperbanyakkan loji baharu.

Katanya, ketiga-tiga isu itu sedang diatasi.

“Untuk jangka masa pendek, kerja menukar paip sedang berjalan dan ada juga isu baru-baru ini yang mana ada satu paip utama pecah namun secara keseluruhannya, Kelantan mampu atasi.

“Kerajaan Pusat akan teliti permohonan itu dan bukan sahaja Kelantan, negeri lain juga membuat permohonan dan kita akan tengok semua sekali,” katanya.

Berita Penuh : https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2021/02/671938/kelantan-rancang-guna-air-sungai-kurangkan-guna-air-bawah-tanah-metrotv

COMMENTS