GEMPAR!!! Lepas sertai PN, kini Gerakan mahu tandingi kerusi Pas di Kelantan

GEMPAR!!! Lepas sertai PN, kini Gerakan mahu tandingi kerusi Pas di Kelantan

Selepas disahkan secara rasmi untuk menjadi parti komponan di bawah Perikatan Nasional (PN) yang ditunjangi bersama oleh Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan Parti Islam seMalaysia (Pas), kini Parti Gerakan mula menunjukkan taringnya dengan menuntut sekurang-kurangnya satu kerusi DUN yang sebelum ini menjadi kerusi tradisi Pas di Kelantan.

Gan Thuan Bun, pembantu setiausaha Parti Gerakan Negeri Kelantan itu berkata, sudah sekian lama Pas mempertahankan kerusi di DUN Kota Lama, sedangkan majoriti pengundi di DUN itu adalah masyarakat Cina.

Oleh itu, mereka berpendapat sudah tiba masanya Pas menyerahkan kerusi di DUN tersebut kepada Gerakan untuk ditandingi dalam PRU 15 akan datang.

Parti Gerakan sebelum ini pernah terlibat dalam kontroversi untuk menyaman Kerajaan Negeri Kelantan yang diterajui oleh Pas.

Saman itu dibuat untuk menghalang Kelantan dari melaksanakan undang-undang hukum hudud yang kononnya mahu dilaksanakan di dalam negeri yang diterajui oleh Pas ini.

Gerakan juga sebelum ini terlibat dalam kontroversi membantah dan menolak pelajaran tulisan Jawi yang diusahakan untuk persekolahan semasa Pakatan Harapan memerintah negara dahulu.

Kini, bekas musuh tradisi yang pernah dituduh sebagai rasis oleh Pas ini menjadi sebahagian dari anggota parti dalam PN dan akan bekerjasama erat bersama Pas dan PPBM dalam politik.

Berita Penuh : https://www.nst.com.my/news/politics/2021/02/665434/now-pn-kelantan-gerakan-wants-contest-pass-state-seat

COMMENTS