Adun Melaka yang melompat menangis mohon maaf kepada rakyat Melaka

Adun Melaka yang melompat menangis mohon maaf kepada rakyat Melaka

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Kundor, Datuk Nor Azman Hassan dilihat menangis ketika memohon ampun dan maaf kepada rakyat Negeri Melaka atas kekhilafannya selama ini.

Menerusi satu sidang media di Pantai Kundor pada Rabu, Nor Azman membuat permohonan maaf itu secara langsung disiarkan di Astro AWANI.

“Saya minta ampun maaf, rakyat Negeri Melaka.

“Maafkan kami, saya cakap ikhlas, nangis saya bukan main-main. Saya sayang, saya minta maaf rakyat Negeri Melaka, kami buat ini untuk kamu semua,” katanya dalam sidang media itu.

Dakwa Nor Azman, beliau bersama tiga lagi ADUN termasuk Sungai Udang, Datuk Seri Idris Haron menarik sokongan terhadap kerajaan negeri hanya untuk menyekat korupsi berlaku.

sumber : https://www.astroawani.com/berita-politik/melaka-memilih-saya-minta-ampun-maafkan-saya-rakyat-melaka-nor-azman-323836

COMMENTS